Wednesday, March 10, 2010

MENYANGGAH FITNAH NIK AZIZ

Nik Aziz mengatakan semenjak berkawan dengan PAS ada anggota DAP yang sudah pandai baca Al-Quran. Kenapalah Nik Aziz meletakkan taraf pemikirannya serendah itu. Mereka baca Al-Quran tapi tidak beriman. Lepas itu hentam orang Islam dan mereka baca dalam ceramah politik. Nik Aziz pasti ke bedebah ni baca Quran dirumah?

Apa salah mufti Perak? Oleh kerana Dato Seri Harussani mencadangkan perpaduan umat maka dia digelar Ejen UMNO. Bermakna UMNO bagus. Saya nak tanya Nik Aziz mengajak kepada penyatuan umah itu berdosa ke? Saya nak igtkan balik kenyataan Nik Aziz baru-baru ini. Katanya " Selama 50 tahun UMNO memusuhi PAS,apa faedah? UMNO ditubuh pada tahun 1946 tetapi ulamak-ulamak UMNO keluar UMNO untuk tubuh parti Islam pada tahun 1951. Sedangkan yang tubuh PAS ialah ulamak UMNO tetapi kenapa UMNO tentang?PAS nak bawa Islam tetapi UMNO tolak. Saya nak tahu kenapa UMNO tolak Islam".

Bukankah PAS ditubuhkan kemudian dpd UMNO oleh Tn Hj Ahmad Fuad yang kecewa kerana kalah didalam pertandingan merebut jawatan tertinggi UMNO?Bermula dari saat inilah dalam usaha untuk memenangi hati orang Melayu PAS telah mencipta pelbagai fatwa songsang yang menjadi punca perpecahan sehingga hari ini.

Saya nak tanya Nik Aziz betul atau tidak dulu PAS kata UMNO kafir kerana berkawan dgn MCA dan MIC?Sekarang PAS berkawan dengan DAP macam mana? Bukankah tuduhan ini sudah balik semula ke muka PAS?
Saya nak tanya lagi adakah gejala sembahyang dua imam yang heboh suatu masa dulu itu bohong?Bercerai berai kerana berbeza fahaman politik itu bohong?Bukankah itu angkara fatwa songsang PAS?

Kecelaruan umat Islam di Malaysia berlaku kerana PAS suka melebel orang lain dengan berbagai gelaran termasuk menggelarkan UMNO tolak Islam. Bukankah ini satu lagi contoh PAS menyerang dan memusuhi UMNO?

UMNO memang tolak Islam ala PAS kerana hukum hudud PAS menggalakkan jenayah dan maksiat dan memalukan serta menghina Islam. Saya nak tanya Nik Aziz adakah Allah menyuruh kita melihat anak bulan dengan teropong untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya?Gara-gara PAS ulamak kerajaan juga merasa was-was untuk menggunakan hisab bagi menentukan ujudnya anak bulan, walhal gerhana bulan 50 tahun akan datang sudah bolah ditentukan dengan ilmu kira-kira. Maknenya melihat anak bulan tidak semestinya dengan mata tetapi boleh juga dengan ilmu.
Begitu juga dengan kes liwat atau rogol. Mana ada ada perogol atau peliwat nak bawa 4 orang saksi untuk merogol atau meliwat ataupun mangsa rogol dan liwat siap2 membawa 4 orang saksi sebelum kena rogol dan liwat. Sepatutnya 4 orang saksi ialah 4 orang doktor Islam yang dengan ilmunya boleh membuktikan kejadian rogol atau liwat berlaku termasuk menggunakan DNA. Jadi adakah hukum hudud yang Allah perintahkan ini salah? jawapannya tidak. Yang salah ialah tafsiran angkuh dan gelojoh PAS untuk menonjolkan dirinya konon lebih Islam dari orang UMNO

Saya nak tanya Nik Aziz lagi mana dia draf hudud yang dicanang oleh PAS selama hampir 50 tahun. Saya masih ingat Presiden PAS dengan angkuh berkata " Sekiranya esok PAS memerintah Terengganu sebelum ayam berkokok kita akan laksanakan Hudud " Pertama angkuh ! kedua mungkir janji. Adakah angkuh dan mungkir janji itu pembawaan Islam cara PAS? Faham kenapa UMNO tolak Islam PAS?Adakah Hj Hadi tidak faham perlembagaan Persekutuan sewaktu menabur janji tersebut?

Satu lagi tuduhan PAS ialah UMNO kroni. Bukankah Nik Aziz melantik anak dan menantunya didalam jawatan penting kerajaan pimpinannya? Kalau jawapannya ialah kerana mereka berkelayakan saya minta dibuktikan siapakah orang tolol yang sudah mendapat jawatan penting kerana menjadi kroni UMNO.

Semua kenyataan diatas membuktikan PAS lah yang menyerang dan memusuhi UMNO dan Nik Aziz lah yang banyak menabur fitnah.

No comments:

Post a Comment